Tugas untuk mengeluarkan murid cemerlang yang dapat menentukan jatuh bangunnya negara dan bangsa, adalah berat. Kerja kuat tidak semestinya hasilnya baik, jika tidak dilandaskan kepada perancangan yang teliti dan pelaksanaan yang sepadu. Hala tuju mesti ada matlamat mesti jelas, barulah amalan dapat dijalankan dengan berkesan. Matlamat sahaja tidak bermakna, jika tidak digandingkan dengan tindakan. Konsep perkongsian, penurunan kuasa dan tanpa sempadan boleh diamalkan untuk menentukan bahawa kita boleh berdikari dalam membuat tindakan. Dengan cara ini, kerja berpasukan yang padu dapat diwujudkan. Kecekapan dan kelicinan perjalanan sekolah bukan hanya bergantung pada ketuanya sahaja, tetapi juga kepada suasana kerja yang kondusif. Dengan mengetahui matlamat dan hala tuju yang jelas, kita akan lebih berpuas hati dan lebih gembira menjalankan tugas. Batas-batas tugas dan amanah yang diletakkan kepada kita telah diketahui, maka kejayaan optimum sudah tentu akan tercapai, insya Allah.
Kata-kata datuk nenek yang harus dijadikan rangsangan dan pegangan:
“Muafakat membawa berkat.”
“Bersatu teguh, bercerai roboh.”
“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.”
“Genggam bara api biar sampai jadi arang.”
“Ke gunung sama didaki, ke lurah sama direnangi.”
“Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.”
“Hati kuman sama dicicah, hati gajah sama dilapah.”
“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.”
“Bulat air keranan pembetung, bulat manusia kerana muafakat.”
Semangat harus dibugar ke arah kecemerlangan anak didik kita supaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sekolah cemerlang.
Semoga Perancangan Taktikal 2014 ini dapat merealisasikan harapan kita, insya Allah.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“BERSAMA MEMACU KECEMERLANGAN”
“WE CAN, WE WILL”
HJH RUGAYAH BINTI ABDULLAH
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Pulau Sebang